3 maut, 8 cedera dalam insiden tembakan di sekolah Michigan

Astro Awani
Disember 1, 2021 02:30 MYT
Lokasi di mana tiga murid maut dalam insiden tembakan pada petang Selasa. -AP
MICHIGAN: Sekurang-kurangnya tiga maut manakala lapan yang lain cedera, antaranya parah, dalam insiden tembakan di sebuah sekolah menengah di Michigan, Amerika Syarikat pada petang Selasa.
Dua mangsa yang terbunuh merupakan murid perempuan berusia 14 dan 17 tahun, manakala seorang lagi murid lelaki berusia 16 tahun, lapor CNN.
Menurut polis, dua mangsa yang cedera dengan pelbagai kesan tembakan sedang menjalani pembedahan, manakala enam lagi dilaporkan dalam keadaan stabil.
Seorang daripada mangsa dipercayai seorang guru.
Suspek, murid lelaki berusia 15 tahun, ditahan susulan kejadian.
Difahamkan suspek merupakan pelajar tahun dua sekolah itu.
Punca kejadian sedang disiasat.
#tembakan rambang #murid maut ditembak #Sekolah Menengah Oxford