3 maut, 19 cedera gempa bumi kuat gegar selatan Iran

Bernama
Julai 2, 2022 03:05 MYT
Tiga maut manakala 19 yang lain cedera selepas gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah Hormozgan, selatan Iran. -Google Maps/USGS
MOSCOW: Tiga maut manakala 19 yang lain cedera selepas gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah Hormozgan, selatan Iran, lapor Sputnik memetik agensi berita Fars.
Menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterania, gempa bumi itu direkodkan pada 21:32 GMT, Jumaat, 61 kilometer timur laut bandar pelabuhan Bandar Lengeh.
Iran pernah dilanda gempa bumi dahsyat dalam sejarah negara pada 856 Masihi yang meragut hampir 200,000 nyawa.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Hormozgan #selatan Iran #Pusat Seismologi Eropah-Mediterania