3 mati dalam insiden terbaru feri karam di Filipina

Agensi
Februari 27, 2016 07:04 MYT
Perjalanan maritim (gambar fail) di Filipina biasanya menggunakan feri yang tidak diselenggarakan dengan baik sehingga kerapnya berlaku kemalangan.
Tiga orang mati dalam satu insiden feri karam di Filipina, yang merupakan kejadian terbaru dalam siri kemalangan maritim di negara itu, lapor polis tempatan.
Feri ‘Lady Aime’ dalam perjalanan ke pulau Alabat 117 km dari Manila, apabila ia tenggelam 200 m dari darat, kata ketua polis Juan Byron Leogo.
Para nelayan dapat selamatkan 60 penumpang dan empat kru namun tiga orang tidak berjaya diselamatkan, lapor Leogo.
Beliau berkata kejadian berlaku akibat “ombak yang besar dan tinggi secara tiba-tiba” sambil berkata jumlah maksimum penumpang adalah bawah dari 50.
Menurut laporan polis yang dibuat, sebahagian bot dimusnahkan oleh ombak.
Pihak berkuasa sedang mempertimbangkan tuduhan jenayah terhadap pemilik feri.
Perjalanan maritim biasanya menggunakan feri yang tidak diselenggarakan dengan baik.
Kemalangan sering berlaku akibat muatan lebih daripada jumlah maksimum yang dibenarkan.
#feri karam #Filipina #Lady Aime
;