3 bayi lemas, 100 hilang bot karam di Libya
Sinar Harian
Jun 29, 2018 07:58 MYT
Jun 29, 2018 07:58 MYT
Mayat tiga bayi yang lemas ditemui, manakala 100 lagi dikhuatiri masih hilang selepas sebuah bot pendatang karam di luar pantai Libya, menurut kenyataan pihak berkuasa pada Jumaat.
Menurut mangsa terselamat, kira-kira 120 pendatang berada dalam sebuah bot getah apabila ia mengalami masalah di timur ibu kota Tripoli.
Seramai 16 orang diselamatkan, sementara yang hilang termasuk dua bayi dan tiga kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.
Penumpang termasuk sejumlah keluarga dari Maghribi dan Yaman.
Mangsa terselamat memberitahu, bot tersebut karam beberapa jam selepas berlepas dari Garaboulli, di timur Tripolis, awal pagi tadi.
Enjin bot dipercayai terbakar sebelum ia mula karam.
Pengawal pantai Libya berkata, nelayan mengesan kapal itu dalam kesusahan sebelum menghubungi tentera laut. - Agensi