3.9 juta rakyat Bangladesh terjejas banjir

Astro Awani
Julai 28, 2020 07:23 MYT
Kumpulan sukarelawan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kurigram, Bangladesh, 16 Julai, 2020. (Foto AP)
JUTAAN rakyat Bangladesh terjejas susulan banjir yang melanda akibat hujan lebat berterusan dan limpahan air dari Hulu India.
Di Sirajganj, terdapat banyak rumah tenggelam dan harta benda musnah sehingga memaksa penduduk mencari tempat tinggal sementara.
Salah seorang penduduk tempatan, Dulali Khatun berkata, dia menghadapi kesukaran mendapatkan makanan selepas rumahnya ditenggelami air.
Menurut Kumpulan Kerja Penilaian Keperluan Nasional India, dianggarkan seramai 3.9 juta penduduk terjejas akibat banjir tahun ini sementara lebih 7.5 juta penduduk masih terdedah risiko banjir di seluruh negara.
Banjir itu dijangka akan mengambil masa selama beberapa minggu sebelum kembali pulih.
Bangladesh yang mempunyai 160 juta penduduk sering terdedah kepada banjir dan tekanan berkaitan dengan perubahan iklim.
#Bangladesh #banjir #hujan lebat #India #rakyat #rumah
;