3,500 buah kenderaan sewa hangus dijilat api

Agensi
April 5, 2020 13:05 MYT
Setakat ini, punca kejadian yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 15 ekar kawasan tersebut hangus dijilat api masih dalam siasatan. - Gambar Facebook
Lebih 3,500 buah kereta sewa musnah dalam satu kebakaran di Lapangan Terbang Fort Myers di Florida, Amerika Syarikat pada Jumaat malam.
Memetik agensi berita antarabangsa, kebakaran itu bagaimanapun berjaya dipadam oleh anggota bomba dengan bantuan helikopter.
Difahamkan, kebakaran bermula di tempat penyimpanan kenderaan sewa yang terletak berdekatan landasan kapal terbang.
Setakat ini, punca kejadian yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 15 ekar kawasan tersebut hangus dijilat api masih dalam siasatan.

VIDEO Over 3,500 rental cars were destroyed by fire yesterday near Fort Myers Southwest Florida Intl Airport. Charlotte County Sheriffs Aviation Unit completed over 80 water drops. With few traveling due to the #COVID19 pandemic majority of rental cars everywhere are parked. pic.twitter.com/vye1IMxBUj

— Tom Podolec Aviation (@TomPodolec) April 4, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, rakaman dramatik yang memaparkan aksi pasukan penyelamat dari Unit Penerbangan Sheriff Charlotte County memadamkan kebakaran menggunakan helikopteer tersebar di laman sosial sejak semalam.
Tiada sebarang kecedaraan atau kematian dilaporkan akibat insiden tersebut.
#kebakaran #laman sosial #Lapangan Terbang Fort Myers #penerbangan #Unit Penerbangan Sheriff Charlotte County
;