29 kakitangan PBB maut sejak perang meletus

Agensi
Oktober 22, 2023 06:15 MYT
Petugas perubatan Palestin mendukung seorang bayi yang juga mangsa runtuhan sebuah bangunan susulan serangan udara oleh tentera Israel di Semenanjung Gaza pada Ahad. - Gambar AP
GAZA: Semenjak tercetus perang di antara Palestin dan Israel bemula 7 Oktober lalu, seramai 29 kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) dilaporkan telah terbunuh.
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Bantuan dan Pekerjaan Palestin di Timur Tengah (UNRWA) menggambarkan, kematian yang berlaku itu sangat ‘mengejutkan dan sungguh mendukacitakan.’
“Sebahagian daripada yang terkorban merupakan guru,” kata agensi berkenaan seperti dilaporkan media antarabangsa.
Ribuan penduduk Gaza telah menjadi mangsa korban sejak Israel melancarkan serangan udara susulan tindakan Hamas menyerang rejim Zioni situ pada 7 Oktober lalu – menyebabkan lebih 1,400 orang maut dan menawan 200 tebusan.
Sementara Kementerian Kesihatan pula memaklumkan, sehingga kini Israel telah membunuh lebih 4,600 rakyat Palestin. - Agensi
#Perang Palestin-Israel #29 kakitangan PBB maut #UNRWA #israel serang gaza
;