29 diselamatkan selepas bas dari India terjunam ke dalam sungai di Nepal

Bernama
Ogos 23, 2024 18:45 MYT
Daripada 29 yang diselamatkan, 15 ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri. - Gambar/ Reuters
KATHMANDU: Seramai 29 orang diselamatkan selepas sebuah bas dari India yang membawa 40 orang penumpang terjunam ke dalam sungai di Nepal pada Jumaat, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.
Daripada 29 yang diselamatkan, 15 ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri, kata Deepak Kumar Raya jurucakap polis Daerah Tanahun di wilayah tengah Gandaki, di mana kejadian berlaku.
Usaha mencari mangsa yang lain masih dijalankan, katanya kepada Xinhua, sambil menambah bahawa bas berkenaan sedang dalam perjalanan ke ibu kota Kathmandu dari Pokhara, satu destinasi pelancongan popular di Nepal.
-- BERNAMA
#bas jatuh sungai #Nepal #rakyat india #angka korban
;