280 pesalah dadah dihukum mati di Iran tahun lepas - PBB

Sinar Harian
Mac 18, 2022 20:40 MYT
Iran dilaporkan menjatuhkan hukuman mati terhadap 280 orang pada tahun lepas. -Gambar fail/Reuters
GENEVA: Iran dilaporkan menjatuhkan hukuman mati terhadap 280 orang pada tahun lepas.
Angka itu diterbitkan pada Khamis oleh pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai negara tersebut.
Ketika membentangkan laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Javaid Rehman berkata, jumlah hukuman mati dijatuhkan berkaitan dengan undang-undang narkotik.
"Pada 2021, sekurang-kurangnya 280 individu termasuk 10 wanita telah dijatuhi hukuman mati," kata pelapor itu sambil menambah jumlah wanita dihukum mati turut meningkat.
*Berita asal di Sinar Harian
#Iran #PBB #hukuman mati #Javaid Rehman