28 warga asing sertai parti liar

Sinar Harian
April 23, 2018 16:59 MYT
Serbuan ke atas Hotel Tulip itu dilakukan pada malam semalam selepas mendapat maklumat.
Pihak berkuasa Thailand menyerbu sebuah hotel di Pattaya yang menganjurkan parti seks disertai warga asing dan wanita tempatan.
Serbuan ke atas Hotel Tulip itu dilakukan pada malam semalam selepas mendapat maklumat.
Rakaman stesen TV tempatan menunjukkan 28 lelaki termasuk warga Australia, Amerika Syarikat, Kanada, Britain, Jerman dan Rusia bersama pasangan masing-masing ditahan dalam operasi tersebut.
Pihak berkuasa turut memberkas pemilik hotel terbabit, warga China, Sheng Liao Yang, 53, kerana beroperasi secara haram dan menganjurkan parti seks tersebut.
Menurut syerif daerah di kawasan Banglamung di Pattaya, Naris Niwapantawong, kumpulan lelaki terbabit turut bertukar pasangan antara satu sama lain.
"Kami terima aduan tentang parti seks di Hotel Tulip tersebut. Anggota saya bekerjasama dengan polis, imigresen dan tentera dalam operasi itu. Penganjur menetapkan 'peraturan' mereka yang berminat perlu mendaftar menerusi sebuah laman web dan membayar 1,500 baht (RM187) seorang," ujarnya.
Jelasnya, kondom, pelincir dan alat mainan seks turut ditemui sekitar premis empat tingkat itu dan dikumpulkan sebagai bukti. - Daily Mail
#Hotel Tulip #Imigresen #Jerman #komdom #Pattaya #pelincir #Rusia #seks #Thailand #warga asing
;