28 pendatang ditemui mati di utara perairan Libya

Agensi
Oktober 5, 2016 08:45 MYT
Pasukan pengawal pantai Itali memaklumkan 28 mayat ditemui dalam 33 operasi yang dijalankan pada Selasa. - Foto AFP / ARIS MESSINIS
Sekurang-kurangnya 28 pendatang yang sedang menuju ke Eropah ditemui mati selepas sebuah kapal kayu dinaiki mereka berdepan masalah di perairan ke utara Libya.
Menurut jurucakap pengawal pantai Itali yang menjalankan operasi menyelamat di sekitar perairan itu, seorang jurugambar yang sempat menaiki kapal terbabit, memberitahu kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas.
Menurutnya, terdapat sekitar 1,000 penumpang di atas salah sebuah kapal yang dibahagikan kepada tiga tingkat. Kiraan awalnya mendapati 22 mayat ditemui dan angka dijangka meningkat.
Pasukan pengawal pantai Itali kemudiannya memaklumkan 28 mayat ditemui dalam 33 operasi yang dijalankan pada Selasa, dengan 4,655 pendatang berjaya diselamatkan.
Pada Isnin, lebih 6,000 pendatang, kebanyakkannya warga Afrika diselamatkan dari perairan ke utara Libya.
Sembilan mayat ditemui dalam operasi itu, termasuk mayat seorang wanita mengandung.
#Libya #migran #pendatang #pengawal pantai Itali
;