28 maut kemalangan bas persiaran di Madeira, Portugal

Agensi
April 17, 2019 04:51 MYT
Pasukan penyelamat dilihat membantu mangsa di tempat kejadian. - Foto AP Newsroom
SEBUAH bas membawa pelancong Jerman terbabas sebelum terjunam dalam gaung di pulau Portugal, Madeira yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 28 orang.
22 lain cedera dalam kejadian berdekatan bandar Canico, menurut laporan agensi berita tempatan Lusa.
Tambahnya, pemandu bas terbabit dipercayai hilang kawalan di satu persimpangan sebelum terjuam kira-kira pukul 6.30 petang waktu tempatan.
Laporan media tempatan juga menunjukkan bas terbabit terbalik berdekatan beberapa rumah penduduk.
BERITA LANJUT MENYUSUL...
#bas persiaran #Canico #kemalangan #Madeira #maut #terjunam
;