28 maut, bas terjunam dalam gaung di Nepal

Astro Awani
Oktober 13, 2021 11:01 MYT
Penumpang yang cedera dalam kemalangan bas di daerah Mugu dibawa dengan helikopter untuk mendapatkan rawatan di Nepalgunj, Nepal, 12 Okt, 2021. (Foto AP)
SEKURANG-kurangnya 28 maut di barat Nepal selepas sebuah bas yang dinaiki terbabas lalu terhumban ke dalam gaung.
Selain itu, 15 penumpang turut dilaporkan cedera.
Kejadian yang berlaku di daerah terpencil Mugu itu, hanya beberapa kilometer sahaja sebelum tiba ke destinasi.
Ketika ini, punca kemalangan masih belum dikenal pasti.
Jumlah keseluruhan mereka yang terkorban juga dilaporkan bakal meningkat.
Kemalangan jalan raya di negara ini sering berlaku di sekitar kawasan berbukit.
Ia berpunca daripada jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik, serta keadaan jalan yang sempit dan berselekoh tajam.
#kemalangan #bas terbabas #terhumban dalam gaung #Nepal
;