28 atlet Rusia terlibat doping dibenarkan sertai sukan Olimpik - IOC
Agensi
Februari 3, 2018 13:41 MYT
Februari 3, 2018 13:41 MYT
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bersidang selama dua hari di Pyeongchang, Korea Selatan bermula Sabtu.
Sidang luar biasa itu diadakan susulan penarikan semula larangan menyertai Olimpik oleh 28 atlet Rusia.
Mahkamah Timbang Tara untuk sukan pada Khamis mengembalikan semula kelayakan ke atas 28 atlet terbabit selepas didapati melepasi ujian doping.
Manakala 11 yang lain masih dalam perintah larangan.
Seramai 39 atlet Rusia telah dibatalkan kelayakan mereka pada Olimpik Sochi 2014 atas kesalahan doping.
Susulan kelulusan terbaharu itu 15 dari 28 atlet terbabit akan menyertai Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang yang bakal diadakan pada 9 Februari ini.