274 juta rakyat China melancong sempena cuti Hari Pekerja

Bernama
Mei 4, 2023 19:13 MYT
Pusat Data Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China menganggarkan seramai 274 juta pelancong tempatan melancong di dalam negeri sepanjang cuti Hari Pekerja bermula 29 April hingga 3 Mei. - Gambar fail/AP
BEIJING: Pusat Data Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China menganggarkan seramai 274 juta pelancong tempatan melancong di dalam negeri sepanjang cuti Hari Pekerja bermula 29 April hingga 3 Mei.
Ia sekali gus menyaksikan peningkatan 70.83 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dengan jumlah pendapatan pelancongan mencatat RMB148.05 bilion (RM92.53 bilion) iaitu peningkatan sebanyak 128.9 peratus.
Pelancongan rentas wilayah yang jarak perjalanannya melebihi 300 kilometer turut mendapat sambutan baik daripada rakyat.
Pelbagai tempat turut menawarkan pakej pelancongan istimewa seperti pelancongan kota kuno, pelancongan kebudayaan dan pelancongan sukan yang secara tidak langsung membawa pengalaman baharu kepada pelancong.
Dalam tempoh percutian kali ini, jumlah pembayaran secara dalam talian menokok 22.7 peratus secara purata sehari berbanding seminggu sebelumnya.
Jika dilihat dari sudut jarak perjalanan, jumlah pelancong dalam wilayah menduduki 76.1 peratus dan jumlah pelancong rentas wilayah menduduki 23.6 peratus.
Sementara itu, jumlah pelancong ke seberang laut menduduki 0.3 peratus dan meningkat 44.4 peratus berbanding minggu sebelumnya.
-- BERNAMA
#rakyat china #melancong #Hari Pekerja #Pelancong Tempatan
;