27 terbunuh dalam pertempuran agama di Dhaka

Astro Awani
Mei 7, 2013 09:56 MYT
Sekurang-kurangnya 27 terbunuh dalam pertempuran yang meletus antara polis dan aktivis Islam di Bangladesh yang menuntut penguakuasaan undang-undang anti penghinaan terhadap Islam.
Bagi mengelak kejadian lebih buruk, pihak berkuasa mengharamkan sebarang rapat umum.
Polis menjelaskan pengharaman berkenaan hanyalah sehingga tengah malam Isnin bagi mengelakkan rusuhan lebih ganas.
Insiden berlaku di beberapa kawasan berasingan.
Menurut sumber polis 13 terkorban termasuk tiga anggota keselamatan dalam protes yang diadakan di Kanchpur, di pinggir Dhaka.
Tujuh lagi maut dalam rusuhan Motijheel, sebuah kawasan perdagangan di ibu negara.
Keganasan dipercayai meletus selepas anggota keselamatan melepaskan gas pemedih mata dan peluru gerah ke arah penunjuk perasaan.
Tindakan itu menyebabkan mereka bertindak menghalang lalu lintas dengan membakar tayar.
Dalam pertempuran lebih 5 jam itu mereka turut menyerang sebuah balai polis dan membakar 30 kenderaan termasuk trak polis.
Pada Ahad polis melakukan tindakan sama bagi menyuraikan ribuan aktivis yang berhimpun di Dhaka.
Ia mengakibatkan seorang maut dan 45 lagi cedera.
Tuntutan aktivis Islam berhubung undang-undang anti hina Islam ditolak oleh kerajaan.
Negara dengan populasi 160 juta penduduk ini menyaksikan pelbagai insiden ganas berkaitan politik.
#27 #Bangladesh #Islam #Terbunuh
;