27 sah mati, Ryan Lanza bukan penyerang
Astro Awani
Disember 15, 2012 15:09 MYT
Disember 15, 2012 15:09 MYT
Susulan kejadian serangan di Newton Connecticut, Amerika Syarikat, 27 mangsa dilaporkan mati termasuk 20 kanak-kanak dan selebihnya guru.
Guru Besar sekolah Sandy Hook di mana serangan berlaki turut terkorban dalam serangan tidak diduga itu.
Laporan awal menyebut Ryan Lanza, 24 tahun, sebagai penyerang. Namun selepas siasatan lanjut dilakukan, polis mendapati adiknya Adam bertanggungjawab atas serangan itu.
Ryan merupakan seorang pegawai di syarikat audit terkemuka 'Ernst and Young' dan tidak pernah mempunyai rekod jenayah.
Ryan juga menafikan bahawa dia terlibat dalam serangan itu dan mengumumkan di laman sosial Facebook bahawa dia berada di pejabat sepanjang hari.
Menurut teman rapat keluarga tersebut, Adam, 20 tahun, menghadapi masalah mental. Dia tidak seperti remaja sebayanya dan tidak bergaul.
Adam dan Ryan dibesarkan dalam keluarga yang porak peranda kerana masalah rumah tangga.
Ketika serangan, Adam dikatakan memakai jaket kalis peluru dan membawa senapang .223 bersama beberapa senjata lain.
Pihak penyiasat memaklumkan ada kemungkinan Adam membawa kad pengenalan abangnya ketika melakukan serangan menyebabkan kekeliruan identiti.