27 murid sekolah agama maut dalam kebakaran
Astro Awani
September 19, 2019 08:34 MYT
September 19, 2019 08:34 MYT
Sekurang-kurangnya 27 murid terkorban dalam satu kebakaran di sebuah sekolah agama di Liberia pada Rabu.
Murid yang terkorban berusia di antara 10 dan 20 tahun selain dua guru mereka yang turut meninggal dunia dalam kebakaran tersebut.
Mangsa yang terselamat hanyalah seorang imam, guru dan dua murid.
Menurut portal alJazeera, kanak-kanak itu dilapor sedang belajar al-Quran ketika api merebak.
Kebakaran yang bermula sekitar tengah malam itu turut memusnahkan bangunan asrama penginapan murid-murid terlibat serta sekolah mereka yang terletak di Paynesville, di pinggir Monrovia.
Dilaporkan mangsa terperangkap dan tidak dapat keluar dari bangunan disebabkan tiada pintu kecemasan selain terhalang oleh jeriji besi pada tingkap.
Punca kebakaran masih disiasat.
Presiden Liberia George Weah dalam pada itu hadir melihat sendiri lokasi kejadian dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi.
#Al-Quran
#imam terselamat
#kebakaran
#Monrovia
#murid terkorban
#Paynesville
#tiada pintu kecemasan
#tingkap berjeriji