27 maut dalam kemalangan bas, keretapi di Mesir

Agensi
September 7, 2016 21:07 MYT
Lima terbunuh selepas sebuah keretapi yang membawa 60 penumpang tergelincir di Aswan, menurut polis dan pegawai perubatan. - Foto AFP
Sekurang-kurangnya 27 terbunuh dalam dua kemalangan berasingan di selatan Kaherah, Mesir hari ini sewaktu penduduk negara itu bersesakan untuk pulang bercuti.
Dalam nahas pertama, 22 maut apabila sebuah bas bertembung debngan sebuah lori di wilayah Wedi El-Gedid, kata Kementerian Kesihatan Mesir.
Dalam kemalangan kedua, lima yang lain terbunuh selepas sebuah keretapi yang membawa 60 penumpang tergelincir di Aswan, menurut polis dan pegawai perubatan.
Pengendali keretapi itu dikatakan menekan brek apabila mengesan berlaku masalah pada landasan, menyebabkan tiga gerabak tergelincir dari landasan di kampong Al-Ayyat.
27 penumpang yang lain turut cedera.
Rakyat Mesir sedang sibuk membuat persiapan sambutan Aidil Adha termasuk pulang ke kampong beramai-ramai.
Al-Ayyat juga adalah lokasi kebakaran keretapi pada 2002 yang meragut 361 nyawa.
#Aidil Adha #Kaherah #kemalangan bas #Kemalangan keretapi #Mesir
;