27 maut banjir, tanah runtuh di utara Vietnam
Sinar Harian
Julai 24, 2018 14:30 MYT
Julai 24, 2018 14:30 MYT
Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh susulan ribut tropika Son Tinh meningkat kepada 27 orang, sementara tujuh lagi mangsa dilaporkan masih hilang, kata pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Vietnam.
"Kawasan pergunungan terpencil di wilayah Yen Bai mencatatkan kadar korban paling tinggi dengan 13 mangsa disahkan terbunuh, 18 lagi dilaporkan cedera, manakala empat lagi masih hilang," kata agensi pengurusan bencana dalam satu kenyataan.
Banjir dan tanah runtuh turut memusnah dan menenggelamkan lebih 12,000 rumah, lebih 90,000 tanaman, terutama padi serta menyebabkan menyebabkan sistem pengangkutan ke beberapa bahagian di utara Vietnam, terputus hubungan.
Walaupun ribut tropika Son Tinh dilaporkan perlahan ketika melanda Vietnam minggu lalu, namun hujan lebat menyebabkan banjir dan tanah runtuh seperti di pinggir Hanoi yang dilaporkan masih ditenggelami banjir. - Agensi
#banjir
#hilang
#korban
#mangsa
#maut
#pengangkutan
#pergunungan
#putus hubungan
#ribut
#rumah
#Son Tinh
#tanah runtuh
#tenggelam
#Vietnam