27 mati di selatan Pakistan akibat denggi

Bernama
September 21, 2022 17:18 MYT
Penularan deman denggi di Pakistan semakin buruk, dengan 27 pesakit mati di Wilayah Sindh di selatan negara itu bulan ini. - Gambar hiasan
ISLAMABAD: Penularan deman denggi di Pakistan semakin buruk, dengan 27 pesakit mati di Wilayah Sindh di selatan negara itu bulan ini, lapor jabatan kesihatan wilayah berkenaan.
Semua kematian dilaporkan di Karach, ibu negeri Sindh dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Xinhua.
Sebanyak 353 kes baharu dilaporkan di Sindh sepanjang 24 jam lepas, kata jabatan itu pada Selasa. Jumlah pesakit pada September mencecah 3,594, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 6,163 kes.
Sebanyak 284 lagi disahkan menghidap denggi di wilayah utara, di Khyber Pakhtunkhwa, lapor jabatan kesihatan. Bilangan kes aktif di wilayah itu sebanyak 1,729, menjadikan jumlahnya sebanyak 5,264 kes.
Di wilayah Punjab pula, 215 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, dengan 105 dilaporkan di ibu negerinya, Lahore, manakala 54 kes dilaporkan di bandar Rawalpindi, menjadikan keseluruhan 3,645 kes dicatatkan.
Di ibu negara, Islamabad pula, 105 kes baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,561 kes setakat ini.
Hospital di beberapa wilayah di Pakistan kini berhadapan tekanan akibat peningkatan kes denggi. Ada hospital yang menukar wad COVID-19 kepada wad denggi, lapor media tempatan.
-- BERNAMA
#Pakistan #demam denggi #Karachi #Sindh
;