26 terbunuh dalam insiden tembak di sekolah AS

Astro Awani
Disember 15, 2012 09:20 MYT
Amerika Syarikat dikejutkan lagi dengan kejadian serangan di sekolah Sandy Hook, Connecticut.
Dalam kejadian pada pagi Jumaat, 26 orang termasuk 20 kanak-kanak sekolah maut dalam kejadian serangan di sekolah yang terburuk di negara itu.
Dalam kejadian berkenaan, penyerang dikenali sebagai Ryan Lanza, 24 tahun, turut terkorban.
Seramai 600 kanak-kanak berusia lima hingga 10 tahun belajar di situ.
Kanak-kanak yang berkenaan ketakutan, di bawa keluar oleh polis sambil diminta menutup mata.
Dalam pada itu Presiden US Barack Obama berkata beliau berkongsi kesedihan dengan keluarga mangsa terutama kanak-kanak yang meninggal dunia itu.
Sambil mengesat air mata, Obama memberitahu tiada perkataan dapat menenangkan kesakitan yang ditanggung keluarga mangsa.
Obama turut meminta tindakan sewajarnya diambil tanpa mengira politik bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
#Connecticut #Sandy Hook #serangan sekolah
;