250,000 warga Palestin terjejas perintah pengosongan di Khan Younis - UNRWA
Bernama
Julai 2, 2024 23:30 MYT
Julai 2, 2024 23:30 MYT
GENEVA: Kira-kira 250,000 warga Gaza terjejas oleh perintah pengosongan yang dikeluarkan oleh Israel baru-baru ini, kata Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat pada Selasa.
Ringkasan AI
- Kira-kira 250,000 warga Gaza terjejas oleh perintah pengosongan yang dikeluarkan oleh Israel baru-baru ini.
- Penduduk Palestin kini menuju ke zon kemanusiaan di kawasan Al-Mawasi di bahagian barat bandar Gaza.
- Serangan Israel sejak 7 Oktober menyebabkan sekurang-kurangnya 37,900 penduduk Palestin terkorban dan 87,060 lagi cedera.
Menurut UNRWA, penduduk Palestin itu kini menuju ke zon kemanusiaan di bahagian barat bandar itu, yang dikenali sebagai kawasan Al-Mawasi, lapor Agensi Anadolu.
"Sudah tentu kami menjangkakan jumlah ini (penduduk terjejas) akan meningkat," kata seorang pegawai komunikasi kanan agensi itu yang menyertai taklimat PBB secara maya dari tengah Gaza.
Menyifatkan perintah pengosongan sebagai "satu lagi tamparan hebat kepada respons kemanusiaan", Louise Wateridge menegaskan bahawa membuat keputusan seperti ke mana hendak pergi "kini mustahil."
Serangan berterusan Israel sejak 7 Oktober lepas mengakibatkan sekurang-kurangnya 37,900 penduduk Palestin terkorban, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala 87,060 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
-- BERNAMA