25 terbunuh dalam kebakaran di stesen minyak di Rusia

Bernama
Ogos 15, 2023 04:08 MYT
Kebakaran bermula di sebuah kedai membaiki kereta di tepi jalan lebuh raya di Makhachkala, hingga merebak ke stesen minyak berhampiran. - REUTERS
MOSCOW: Kebakaran di sebuah stesen minyak di Dagestan, selatan Rusia pada malam Isnin telah mengorbankan 25 nyawa.
Kira-kira 66 individu yang lain cedera, 10 daripadanya dilaporkan dalam keadaan kritikal, Xinhua memetik Timbalan Menteri Kesihatan Rusia Vladimir Fisenko sebagai berkata.
Perkhidmatan kecemasan Rusia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihak bomba mengambil masa lebih tiga jam setengah untuk memadamkan kebakaran yang merebak lebih 600 meter persegi.
Kebakaran bermula di sebuah kedai membaiki kereta di tepi jalan lebuh raya di Makhachkala, ibu kota Dagestan hingga merebak ke stesen minyak berhampiran.
-- BERNAMA
#Rusia #kebakaran #stesen minyak #bomba