25 maut dalam nahas van dengan trak di Thailand

Bernama
Januari 2, 2017 23:22 MYT
Dua puluh lima orang maut apabila sebuah minivan dan sebuah trak pikap bertembung di Chonburi, daerah Banbueng, hari ini. - fotoBERNAMA
Dua puluh lima orang maut apabila sebuah minivan dan sebuah trak pikap bertembung di Chonburi, daerah Banbueng, hari ini.
Menurut ketua polis Daerah Banbueng Kol Dussadee Kunchon Na Ayutthaya, kemalangan yang mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu terbakar, berlaku pada 2 petang (waktu tempatan).
"Mereka yang maut terdiri daripada 14 penumpang minivan dan 11 penumpang trak pikap," katanya kepada media hari ini.
Hanya dua penumpang, masing-masing seorang daripada setiap kenderaan itu, terselamat dan kini dirawat di hospital daerah Banbueng, katanya.
Beliau berkata mayat semua mangsa, sesetengahnya terbakar teruk dan tidak dapat dikenali, dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat, sebelum diserahkan kepada waris masing-masing untuk dikebumikan.
-- BERNAMA
#Chonburi #hospital daerah Banbueng #Kol Dussadee Kunchon Na Ayutthaya
;