25 maut dalam nahas tangki minyak bas meletup
Agensi
Julai 1, 2023 00:20 MYT
Julai 1, 2023 00:20 MYT
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 25 orang dilaporkan terkorban dalam sebuah nahas melibatkan sebuah bas di Maharashtra, barat India, pada Sabtu.
Memetik Reuters, pihak berkuasa memaklumkan bas itu dalam perjalanan dari Nagpur ke Pune sekitar jam 1.35 pagi ketika terlibat dalam kemalangan di lebuh raya Samruddhi Mahamarg yang menyebabkan tangki diesel bas terbakar.
Timbalan Ketua Menteri Maharashtra, Devendra Fadnavis, dalam kenyataannya di Twitter memberitahu kematian disebabkan oleh kebakaran.
“Dua puluh lima orang terkorban dan lapan lagi cedera,” katanya.
Sementara itu, Ketua Menteri, Eknath Shinde, dan Perdana Menteri Narendra Modi turut menzahirkan kesedihan menerusi tweet berasingan dan menyatakan sokongan kepada dengan sumbangan bantuan berjumlah $8,500 (RM39,674) bagi setiap keluarga.