25,000 permaidani baharu dipasang di Masjidil Haram sempena Ramadan
Agensi
Mac 14, 2024 11:30 MYT
Mac 14, 2024 11:30 MYT
RIYADH: Masjidil Haram di Makkah dipasang 25,000 permaidani baharu untuk Ramadan, kata jurucakap Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci itu.
Berikutan bulan mulia itu merupakan masa untuk meningkatkan ibadah dan kerohanian, Masjidil Haram menyaksikan peningkatan jemaah umrah dan selain untuk umat Islam lain mendirikan solat.
Jumlah pengunjung juga tambah berganda ketika mahu menunaikan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan.
Jurucakap itu menambah, sebanyak 50 tempat mengambil wuduk disediakan untuk kegunaan di dalam masjid dan 3,000 tandas di halamannya.
Tidak ketinggalan, 15,000 bekas air Zamzam dan 150 stesen air Zamzam ditempatkan di sekitar masjid.
Jurucakap Maher bin Mansi Al-Zahrani berkata, dalam usaha memastikan tahap kebersihan, laizmnya kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman di Masjidil Haram dilakukan 10 kali sehari oleh 4,000 pekerja bekerja di bawah penyeliaan 400 penyelia dalam tempoh 24 jam.
Sementara 4,000 peralatan dan mesin digunakan untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pengunjung, manakala 3,000 liter penyegar udara berkualiti digunakan untuk memastikan suasana yang menyenangkan. - Arab News