24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia

Astro Awani
Februari 12, 2025 08:00 MYT
Hujan dijangka berterusan sepanjang bulan ini dan berkemungkinan berlanjutan hingga awal Mac. - Foto X/El Bunker
LA PAZ: Sekurang-kurangnya 24 maut dan ratusan penduduk kehilangan tempat tinggal susulan hujan lebat sehingga menyebabkan banjir di Bolivia dengan La Paz menjadi kawasan paling teruk terjejas.
Menurut media tempatan, di bandar Tipuani, utara La Paz, limpahan sungai akibat hujan lebat memaksa penduduk mencari perlindungan di sebuah gereja.
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.
Ini susulan kenaikan paras air sungai, termasuk Sungai Tipuani.
Timbalan Menteri Pertahanan Awam, Juan Carlos Calvimontes memaklumkan seorang masih hilang.
Katanya, lapan daripada sembilan wilayah di negara itu turut terjejas akibat cuaca buruk tersebut.
Hujan dijangka berterusan sepanjang bulan ini dan berkemungkinan berlanjutan hingga awal Mac.
#banjir #hujan lebat #cuaca buruk #amaran jingga
;