24 maut dalam serangan perarakan tentera Iran

Agensi
September 22, 2018 20:34 MYT
Mereka melepaskan tembakan terhadap anggota tentera dan orang ramai semasa perarakan itu diadakan. - Foto AP
Sekurang-kurangnya 24 orang maut dan 53 lagi cedera dalam satu serangan ke atas perarakan tentera Iran di wilayah Khuzestan, Iran pada Sabtu.
Mereka yang dilaporkan cedera dalam insiden tersebut termasuk wanita dan kanak-kanak.
Menurut Gabenor Khuzestan, Gholam-Reza Shariati, serangan itu dilakukan oleh kumpulan pengganas yang menyamar sebagai anggota tentera Islamic Revolution Guards Corp (IRGC).
Tambahnya, mereka melepaskan tembakan terhadap anggota tentera dan orang ramai semasa perarakan itu diadakan.
Menurut agensi berita tempatan IRNA, dua penyerang ditembak mati manakala dua lagi ditahan pihak berkuasa.
Perarakan tentera tersebut diadakan sempena ulang tahun ke-30 berakhirnya perang lapan tahun dengan Iraq pada 1988.
#Ahfaz #Iran #Iraq #IRGC #Islamic Revolution Guards Corp #Khuzestan #penembak bersenjata #perarakan tentera #serangan #tentera
;