24 askar Israel maut di Gaza, angka tertinggi dalam sehari
Astro Awani
Januari 24, 2024 08:30 MYT
Januari 24, 2024 08:30 MYT
BAITULMAQDIS: Serangan roket oleh pejuang Hamas menyebabkan dua bangunan runtuh dan membunuh sekumpulan askar Israel di Semenanjung Gaza.
Tentera Israel mengalami angka korban harian tertinggi dengan 24 kematian termasuk 21 orang dalam serangan bom tangan di tengah Gaza dan tiga di tempat lain.
Menurut jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari, Hamas mengejutkan tentera Israel dengan tembakan RPG di mana roket pertama mengenai salah satu bangunan tempat simpanan bahan letupan.
Serangan itu membawa kepada letupan yang menyebabkan bangunan itu dan bangunan bersebelahan runtuh serentak.
Tambahnya, kebanyakan askar Israel maut akibat letupan dan runtuhan bangunan itu.
Manakala dua askar yang mengawal kawasan itu dalam kereta kebal berhampiran terbunuh oleh roket kedua.