23 penerbangan di Lapangan Terbang Sydney dibatalkan pada Krismas
Bernama
Disember 25, 2023 14:48 MYT
Disember 25, 2023 14:48 MYT
SYDNEY: Sekurang-kurangnya 23 penerbangan keluar dan masuk dari Lapangan Terbang Sydney Australia dibatalkan pada Hari Krismas susulan hujan lebat dan banjir kilat sehari sebelum itu, Xinhua memetik media tempatan pada Isnin.
Papan ketibaan dan pelepasan Lapangan Terbang Sydney menunjukkan pembatalan 23 penerbangan menjelang 7 pagi Isnin (2000 GMT Ahad).
Meskipun lapangan terbang itu mengesahkan tiada gangguan operasi pada Isnin, namun ia berkemungkinan kesan daripada kelewatan dan pembatalan pada malam Krismas yang disebabkan oleh hujan lebat dan ribut petir, menurut laporan media tempatan.
Pembatalan pada Isnin termasuk tujuh penerbangan Virgin, enam Qantas, tiga Jetstar, serta beberapa penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat serantau kecil.
Virgin Australia mengesahkan pembatalan disebabkan cuaca buruk di Sydney dan kawasan sekitar sejak 24 jam lalu.
-- BERNAMA