23 maut, 5 cedera kemalangan bas di Libya
Bernama
Januari 13, 2025 15:00 MYT
Januari 13, 2025 15:00 MYT
TRIPOLI: Sekurang-kurangnya 23 orang maut dan lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di lebuh raya sekitar perkampungan Abu Qurain berhampiran kawasan Al-Loud di timur Libya pada Ahad, lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita Libya.
Jurucakap pihak berkuasa tempatan Mohammed Al-Jali berkata hospital kampung itu menerima tujuh mayat dan seorang mangsa yang cedera manakala hospital di bandar Hun dan Waddan yang terletak di daerah Jufra menerima 16 mayat dan empat individu yang cedera.
Menurut laporan itu, kejadian berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Jufra ke Tripoli.
Tambahnya, pihak berkuasa keselamatan dan pendakwaan sedang menyiasat untuk menentukan punca kejadian.
-- BERNAMA