23 ahli Parlimen Iran disahkan positif COVID-19

Agensi
Mac 3, 2020 15:11 MYT
23 ahli Parlimen Iran disahkan positif COVID-19, menurut Timbalan Speaker Parlimen Iran, Abdul Reza Misri.
Seramai 23 ahli Parlimen Iran disahkan positif COVID-19, menurut Timbalan Speaker Parlimen Iran, Abdul Reza Misri.
Ini menjadikan 8 peratus daripada 290 ahli Parlimen negara itu dijangkiti virus tersebut.
Pengumuman tersebut menyusul selepas Speaker Parlimen, Ali Larijani mengirimkan surat terbuka kepada Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei berhubung pengesahan terbabit.
Menerusi surat tersebut, semua ahli parlimen diingatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi memerangi penularan virus itu.
BACA: COVID-19: Dua warga Iran maut, kes pertama di Asia Barat
BACA: Malaysia pantau kes COVID-19 di Iran, Itali
Larijani turut mengemukakan kepada Khamenei agar sesi Parlimen ditangguhkan.
Setakat Selasa malam, Iran mencatatkan 2,336 kes positif COVID-19 dan 77 kes kematian.
#Abdul Reza Misri #Ayatollah Ali Khamenei #COVID-19 #Iran #Parlimen