22 terbunuh bas, trak bertembung di Mesir

Bernama
Julai 19, 2022 23:11 MYT
Nahas dahsyat itu berlaku kira-kira 200 kilometer dari Kaherah. - Gambar/ Twitter/@gulftoday
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan 33 lagi cedera dalam nahas jalan raya apabila sebuah bas dan trak bertembung di Wilayah Minya di selatan Mesir, dalam kejadian pada Selasa.
"Sebuah bas penumpang dari wilayah selatan Sohag dalam perjalanan ke Kaherah telah merempuh belakang trak yang berhenti di tepi jalan," kata Gabenor Osama Al Qady kepada Xinhua.
Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital berdekatan.
Nahas berlaku kira-kira 200 kilometer dari Kaherah.
Kemalangan jalan raya banyak berlaku di Mesir kerana infrastruktur jalan raya tidak diselanggara dengan baik selain penguatkuasaan lemah peraturan lalu lintas.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Mesir telah meningkatkan perkhidmatan rangkaian jalan rayanya, membina jalan dan jambatan baharu serta membaiki jalan lama untuk mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.
--BERNAMA
#Mesir #kemalangan maut #Bas bertembung #trak
;