22 maut dalam tembakan rambang di Maine, suspek masih diburu

Astro Awani
Oktober 26, 2023 11:35 MYT
Jabatan Polis Lewiston menamakan suspek sebagai Robert Card, 40, seorang pengajar senjata api bertauliah dan anggota pasukan simpanan tentera AS. -Foto agensi
MAINE: Sekurang-kurangnya 22 orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam dua insiden tembakan rambang di Lewiston, Maine, Amerika Syarikat (AS).
Menurut pihak berkuasa, suspek yang sudah dikenal pasti masih diburu, lapor CNN.
Jabatan Polis Lewiston menamakan suspek sebagai Robert Card, 40, seorang pengajar senjata api bertauliah dan anggota pasukan simpanan tentera AS.
"Card, 40, dianggap bersenjata dan berbahaya. Sila hubungi penguat kuasa undang-undang jika anda mengetahui keberadaannya," tulis kenyataan jabatan polis dalam catatan di akaun Facebook.
Suspek dalam rakaman CCTV dilihat memegang raifal separa automatik sebelum menembak orang ramai secara rambang di kedai permainan boling Sparetime Recreation, dan restoran Schengenees Bar & Grille di Lincoln Street.
#tembakan rambang #Lewiston Maine #Robert Card #Sparetime Recreation #Schengenees Bar & Grille
;