22 maut dalam nahas bas di Jammu, Kashmir

Bernama
Mei 30, 2024 07:15 MYT
Menurut pentadbiran daerah Jammu, bas itu jatuh ke dalam gaung di kawasan Akhnoor Jammu. - Foto X/Aditya Raj Kaul
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam kemalangan sebuah bas di wilayah Jammu dan Kashmir pada Khamis.
Menurut pentadbiran daerah Jammu, bas itu jatuh ke dalam gaung di kawasan Akhnoor Jammu.
Penumpang itu berasal dari Hathras di Uttar Pradesh, utara India.
Pentadbiran itu menyatakan bahawa angka kematian adalah 22 orang manakala 57 lagi cedera.
Akhnoor terletak kira-kira 30 kilometer (km) dari ibu kota musim sejuk Jammu dan lebih 270 km dari ibu kota musim panas Srinagar.
Mangsa difahamkan sedang menuju ke sebuah kuil di daerah Raesi bagi aktiviti ziarah.
"Pentadbiran sedang menyediakan semua bantuan yang mungkin kepada keluarga mangsa dan juga memberikan kemudahan perubatan kepada mereka yang cedera," kata gabenor Jammu dan Kashmir, Manoj Sinha di media sosial.
-- BERNAMA
#nahas bas #jatuh gaung #meninggal dunia #aktiviti ziarah
;