22 maut, 18 masih hilang dalam banjir di India
Astro Awani
Oktober 19, 2021 07:24 MYT
Oktober 19, 2021 07:24 MYT
SERAMAI 22 individu maut, 18 lagi hilang dalam bencana banjir yang melanda di negeri Uttarakhad, India.
Jabatan Meteorologi India berkata banjir itu susulan hujan lebat secara berterusan di negeri tersebut.
Keadaan sedemikian dijangkakan berlarutan selama dua hari lagi.
Jurucakap Pengurusan Bencana Negeri, Jyoti Negi berkata, 18 kematian dilaporkan di bandar peranginan Himalaya, Nainital, dua di Almorah dan masing-masing satu di Champawat dan Udham Singh Nagar.
Kata Negi, terdapat beberapa mangsa lain terperangkap di dalam runtuhan.
Tentera menggunakan helikopter dan beberapa aset lain untuk tujuan penyelamatan..
Banjir buruk itu menyebabkan kerosakan rumah, bangunan, jalan raya dan jambatan di negeri berkenaan.
Tanah runtuh dan banjir adalah perkara lazim di utara Himalaya India.
Para saintis menyatakan ia menjadi lebih kerap kerana pemanasan global yang menyumbang kepada pencairan glasier di kawasan itu.