22 cedera gempa 5.5 magnitud di Yunnan

Bernama
Januari 2, 2022 21:50 MYT
Kawasan terjejas dengan kekuatan seismik melebihi enam darjah melangkaui 1,389 km persegi, melanda kawasan yang didiami 24,000 penduduk. - Gambar hiasan
KUNMING: Sekurang-kurangnya 22 orang cedera dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter yang melanda bandar Lijiang di barat daya China, di daerah Yunnan pada petang Ahad, menurut pentadbiran seismologi daerah.
Pusat gempa terletak kira-kira 60 kilometer dari pusat pentadbiran Ninglang, dan 3 km dari bandar terdekat Yongning, lapor Xinhua.
Kawasan terjejas dengan kekuatan seismik melebihi enam darjah melangkaui 1,389 km persegi, melanda kawasan yang didiami 24,000 penduduk.
Bomba di Ninglang telah menugaskan empat kenderaan dan 15 anggotanya ke pusat gempa bagi menjalankan siasatan.
Pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada 60 anggota juga telah dikerah ke tempat kejadian.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Yunnan #korban #China
;