21 penumpang cedera tren komuter meletup di Taipei

Agensi
Julai 7, 2016 15:55 MYT
Keretapi enam gerabak itu dalam peralanan dari Hsinchu ke Keelung. - Sumber foto Taipei Railway Administration (TRA)
Sekurang-kurangnya, 21 orang penumpang cedera apabila satu daripada seksyen tren komuter yang melalui stesen keretapi Songshan di sini meletup.
Saksi memaklumkan mendengar letupan kuat yang disusuli asap tebal, menurut portal Channel News Asia.
Keretapi enam gerabak itu dalam peralanan dari Hsinchu ke Keelung.
Pihak berkuasa memaklumkan Jabatan Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu sekitar 10 malam waktu tempatan.
Sehingga kini punca letupan dan kebakaran masih disiasat.
#21 orang penumpang cedera apabila satu daripada seksyen tren komuter yang melalui stesen keretapi Songshan di sini meletup #Sekurang-kurangnya