21 maut bot terbalik di Laut Merah Yaman

Bernama
Mac 8, 2023 02:20 MYT
Kemalangan bot terbalik di Laut Merah, Yaman dipercayai berpunca daripada kejadian angin kencang. - Gambar hiasan
SANAA: Seramai 21 penumpang, termasuk 12 wanita dan tujuh kanak-kanak maut selepas bot yang dinaiki terbalik di Laut Merah,Yaman pada petang Selasa.
Bot yang membawa 27 penumpang itu dilaporkan terbalik di luar daerah Alluheyah utara bandar pelabuhan Hodeidah, lapor Xinhua.
Kesemua penumpang dilaporkan dalam perjalanan dari Alluheyah ke Pulau Kamaran, untuk menghadiri majlis perkahwinan.
"Enam lagi penumpang dilaporkan terselamat dan dibawa ke Hospital Al-Thawra di bandar Hodeidah untuk menerima rawatan," kata pegawai majlis daerah Akram al-Ahdal
Kemalangan dipercayai berpunca akibat angin kencang.
-- BERNAMA
#bot terbalik #Laut Merah #Yaman #majlis perkahwinan