21 maut akibat keracunan minuman keras

Astro Awani
Oktober 19, 2022 06:45 MYT
Mereka didakwa menelan sejenis minuman keras alkohol yang dipercayai mengandungi racun. - Gambar hiasan
HUANUCO: Sekurang-kurangnya 21 orang dilaporkan maut di di tepian jalan di bandar Huanuco, Peru sepanjang minggu lalu.
Ia selepas kesemua mereka didakwa menelan sejenis minuman keras alkohol yang dipercayai mengandungi racun.
Terdapat juga mangsa yang sempat dibawa untuk mendapatkan rawatan.
Namun kebanyakannya sudah meninggal dunia apabila pihak berkuasa tiba.
Pihak berkuasa turut membuat pemeriksaan pasaran minuman keras ini bagi mengenalpasti punca keracunan dengan mengambil sampel pelbagai jenis.
Namun pihak berkuasa mendakwa, mereka masih belum mengenalpasti di mana minuman itu dihasilkan.
Siasatan mungkin mengambil masa berminggu bagi mengenalpasti punca keracunan.
#keracunan #minuman keras #alkohol #racun
;