21 maut, 70 cedera akibat serangan peluru berpandu balistik Rusia

Agensi
Mac 16, 2024 05:00 MYT
Oleh Kiper mengesahkan dua misil Iskander-M yang ditembak dari semenanjung Crimea yang diduduki Rusia merosakkan infrastruktur awam. - Gambar REUTERS
ODESSA: Seramai 21 orang maut manakala lebih 70 orang cedera akibat serangan peluru berpandu balistik Rusia di sebuah kawasan perumahan di bandar pelabuhan Laut Hitam Ukraine, Odesa, pada Jumaat.
Pihak berkuasa Ukraine menyifatkan serangan ini sebagai paling dahsyat tentera Rusia dalam tempoh beberapa minggu.
Gabenor Wilayah itu, Oleh Kiper mengesahkan, dua misil Iskander-M yang ditembak dari semenanjung Crimea yang diduduki Rusia merosakkan infrastruktur awam serta bekalan gas dan elektrik di bandar selatan itu.
Dalam pada itu, seorang pegawai perubatan dan seorang pasukan penyelamat dilaporkan terbunuh akibat serangan misil kedua.
Kejadian berlaku selepas nangsa bergegas ke tempat kejadian untuk merawat orang yang cedera dalam serangan.
Tambah Kiper, 10 orang mengalami kecederaan serius.
Sementara itu, penduduk tempatan berbaris untuk menderma darah bagi menyelamatkan mangsa manakala tarikh 16 Mac diisytiharkan sebagai hari berkabung di negeri itu. - Agensi
#pasukan penyelamat #Rusia #peluru berpandu balistik #Odessa
;