21 masih terperangkap dalam banjir lombong arang batu Xinjiang

Astro Awani
April 11, 2021 03:21 MYT
Sejumlah 21 pelombong masih terperangkap di dalam lombong arang batu yang dilimpahi air dalam kejadian di wilayah Xinjiang di barat laut China. -Reuters
BEIJING: Sejumlah 21 pelombong masih terperangkap di dalam lombong arang batu yang dilimpahi air dalam kejadian di wilayah Xinjiang di barat laut China.
Agensi berita negara China Xinhua yang memetik jurucakap jabatan kecemasan tempatan pada Ahad yang memklumkan bahawa lapan pelombong telah berjaya diselamatkan.
Ketika kejadian, seramai 29 pelombong sedang bekerja di lombong yang terletak di daerah Hutubi Xinjiang.
Sebahagian lombong tersebut dibanjiri air menyebabkan gangguan bekalan elektrik pada jam 6 petang (waktu tempatan) pada Sabtu.
Dalam laporan berasingan, portal Global Times berkata 12 pelombong yang masih terperangkap berjaya dikesan dan bakal diselamatkan, manakala sembilan pekerja lagi belum ditemukan.
Usaha menyelamat di lombong Xinjiang masih dijalankan.
#lombong arang batu #dibanjiri air #Xinjiang #berjaya diselamatkan #gangguan bekalan elektrik #terperangkap