21 mangsa terperangkap lombong runtuh di China

Astro Awani
Disember 16, 2021 20:54 MYT
Anggota kecemasan giat melakukan usaha mencari dan menyelamat mangsa di Xiaoyi. - Foto AP
XIAOYI: Seramai 21 mangsa dilaporkan terperangkap dalam kejadian runtuhan lombong di utara China pada Khamis.
Operasi mencari dan menyelamat kini dijalankan di kawasan lombong arang batu haram yang terletak di bandar Xiaoyi, wilayah Shanxi.
Menurut pihak berkuasa, air yang berada di dalam lombong itu sedang dipam keluar bagi mengurangkan paras air.
Polis telah menahan enam individu bagi tujuan siasatan dan memaklumkan bahawa 21 yang terperangkap masih tidak dapat dihubungi sehingga kini.
#lombong runtuh #operasi mencari dan menyelamat #Tahan #siasatan