21 cedera dalam kilang kimia meletup, terbakar di Bang Phli

Bernama
Julai 5, 2021 15:58 MYT
Pihak berkuasa tempatan di wilayah Samut Prakan telah mengarahkan penduduk yang berada dalam radius lima km dari kilang dipindahkan. - Foto AP/Nava Natthong
BANGKOK: Satu letupan kuat dan kebakaran besar berlaku di sebuah kilang plastik di daerah Bang Phli, Thailand pada awal Isnin, mencederakan sekurang-kurangnya 21 orang, lapor Sputnik memetik Bangkok Post.
Kejadian berlaku di kilang Ming Dih Chemical Co, menempatkan sekitar lima hingga enam gudang dengan 50 tan bahan kimia, menurut akhbar itu.
Letupan itu turut mencetuskan kebakaran besar mengakibatkan kerosakan pada kilang dan bangunan serta rumah yang terletak dalam radius satu kilometer (km).
Pihak berkuasa tempatan di wilayah Samut Prakan telah mengarahkan penduduk yang berada dalam radius lima km dari kilang dipindahkan.
Punca letupan masih belum diketahui.
-- BERNAMA
#Bangkok #letupan #kilang kimia #gudang kimia #Samut Prakan #Ming Dih Chemical Co #kecederaan
;