21 Ahli Parlimen UK 'belot', Boris Johnson kalah undi di Parlimen

Astro Awani
September 3, 2019 06:35 MYT
Boris Johnson berucap di House of Commons, Parlimen UK, di London, 3 Sept, 2019. (Foto AP)
Perdana Menteri Britain Boris Johnson mengalami kekalahan besar di Parlimen apabila 21 anggota Parti Konservatif dan pembangkang menang dalam undian untuk mengawal agenda Parlimen United Kingdom (UK) pada Selasa malam.
Dalam responsnya, Johnson mengatakan dia akan mengadakan pilihan raya umum yang baru.
Perkembangan terbaru ini membuka jalan untuk penentang Johnson memperkenalkan rang undang-undang baru pada Rabu, yang akan menghalang Britain daripada meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) tanpa perjanjian - atau no-deal Brexit - pada 31 Oktober ini.
Undian tersebut, yang menyaksikan 328 menyokong dan 301 menentang, memudahkan kumpulan pembangkang yang ingin menangguhkan Brexit ke akhir Januari.
Bertindak balas kepada Johnson, pemimpin pembangkang Jeremy Corbyn berkata, rang undang undang no-deal Brexit itu akan diluluskan sebelum pilihan raya.
Bagi membolehkan Johnson mengadakan pilihanraya awal, undian dua pertiga diperlukan.
#Boris Johnson #Brexit #Britain #EU #Jeremy Corbyn #Kesatuan Eropah #no-deal Brexit #Parti Konservatif #pembangkang #pilihan raya #pilihan raya umum #Rang Undang Undang #United Kingdom
;