200 ribu mangsa banjir di Paraguay dipindahkan

Astro Awani
Jun 29, 2014 13:29 MYT
Kerajaan Paraguay sudah membelanjakan US$3 juta bagi membantu mangsa banjir setakat ini
Hujan lebat sehingga menyebabkan banjir besar memaksa lebih 200 ribu penduduk berhampiran Sungai Parana, Paraguay dipindahkan.
Banjir turut memusnahkan beratus hektar kawasan pertanian dan memutuskan hubungan dengan beberapa perkampungan.
Ia sekali gus menyukarkan penghantaran bantuan dan kini lebih 8,000 pendudukan di barat daya Neembucu hampir kehabisan makanan.
Sementara penduduk di Ciudad Del Este bimbang banjir memburuk kesan hujan berterusan.
Menurut Sekretariat Kecemasan Kebangsaan, Pertubuhan Bangsa Bersatu dan Palang Merah sudah menilai situasi dan dijangka menghantar bantuan dalam masa terdekat.
Kerajaan Paraguay sudah membelanjakan US$3 juta bagi membantu mangsa banjir setakat ini.
#banjir #Barat Daya Neembucu #Paraguay #Sungai Parana
;