200 penerbangan terpaksa dibatalkan di Lima akibat kegagalan landasan

Astro Awani
Jun 4, 2024 00:45 MYT
Ratusan penumpang dilihat berusaha untuk menjadualkan semula penerbangan domestik atau antarabangsa. - Foto X/Exitosa Noticias
LIMA: Kira-kira 200 penerbangan dibatalkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lima di Peru menyebabkan ribuan penumpang terkandas ketika membuat perjalanan tempatan atau antarabangsa pada Isnin.
Ini susulan operasi terminal berkenaan terpaksa digantung selama 10 jam kerana kegagalan landasan.
Menurut Perbadanan Penerbangan Komersial (CORPAC) dalam satu mesej di platform X, kegagalan itu berpunca daripada ‘litar dalam sistem elektrik’ lampu di pinggir landasan terminal.
Kegagalan itu berlaku pada malam Ahad dan penerbangan tempatan dan antarabangsa yang sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Lima telah dilencongkan ke lapangan terbang lain di Peru dan di negara jiran seperti Chile, Colombia dan Ecuador.
Ratusan penumpang dilihat beratur dan berusaha untuk menjadualkan semula penerbangan domestik atau antarabangsa.
Manakala ada yang lain tidur di lorong atau tempat duduk lapangan terbang bagi menunggu maklumat penerbangan yang tertunda.
#kegagalan landasan #Lapangan Terbang Antarabangsa Lima #penerbangan #batal