200 cedera dalam protes bantah pembinaan empangan di Perancis

Bernama
Mac 26, 2023 13:01 MYT
Penunjuk perasaan menggunakan bom botol dan membakar sekurang-kurangnya empat kenderaan polis. - REUTERS
PARIS: Sekurang-kurangnya 200 orang cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan penguatkuasa undang-undang di Perancis Sainte-Soline, lapor Sputnik memetik BFMTV.
Protes di Sainte-Soline pada Sabtu itu sebagai bantahan terhadap pembinaan empangan besar untuk keperluan pertanian.
Penunjuk perasaan menggunakan bom botol dan membakar sekurang-kurangnya empat kenderaan polis, menurut laporan media Perancis.
Kira-kira 200 orang cedera semasa pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis di Sainte-Soline.
Menurut Kementerian Dalam Negeri Perancis lebih 35 pegawai polis turut cedera.
Petani tempatan menentang pembinaan empangan yang akan menggabungkan 16 takungan yang lebih kecil kerana percaya langkah ini hanya memberi manfaat kepada pengeluaran pertanian berskala besar manakala ladang lebih kecil akan dipinggirkan.
-- BERNAMA
#penunjuk perasaan cedera #Perancis #bantah bina empangan #Sainte-Soline
;