20 warga Amerika masih hilang di Israel - White House

Agensi
Oktober 10, 2023 05:20 MYT
Penasihat Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat, Jake Sullivan tidak dapat mengesahkan berapa banyak rakyatnya yang menjadi tawanan. - Gambar REUTERS
WASHINGTON: Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) percaya terdapat 20 warganegaranya yang masih hilang susulan serangan Hamas di Israel, kata White House.
Dalam masa sama, Penasihat Keselamatan Kebangsaan AS, Jake Sullivan juga tidak dapat mengesahkan berapa banyak rakyatnya yang menjadi tawanan.
Sehubungan itu, kerajaan AS menjadikan menjejaki warganegaranya yang masih hilang dan berhubung dengan keluarga semua mangsa itu sebagai “keutamaan tertinggi”, kata Sullivan.
Sebelum ini, Presiden AS, Joe Biden memaklumkan, seramai 14 rakyat negara itu dipercayai telah terbunuh dalam serangan berkenaan.
Sullivan juga mengulangi komitmen AS kepada Israel: "Ini adalah perkara peribadi bagi rakyat Amerika dengan ikatan mereka dengan rakyat Israel." - Agensi
#Palestin-Israel #20 warga Amerika hilang #White House #Jake Sullivan
;